Skip to main content

Gaya Hidup Sihat : Diet sederhana

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate"

Makanan adalah salah satu nikmat kurniaan Allah . Nikmatilah makanan selagi boleh. Apabila kita sakit, banyak makanan yang tidak dapat dinikmati. Banyak pantang larangnya. Tetapi, janganlah berlebih-lebihan apabila makan.Kita perlu makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan.

Untuk sihat atau memperolehi berat badan ideal, tidak perlu 'crash diet' seperti Atkins, Mediterranean diet dan sebagainya. Cuma perlu mengamalkan  sunnah Rasullullah s.a.w iaitu berhenti makan sebelum kenyang dan makan secara sederhana. Jangan makan secara berlebihan atau terlampau sedikit. Tidak perlu diet yang melampau, yang pada jangka panjang lebih banyak mudaratnya .

Nasi adalah sumber karbohidrat penting dan makanan ruji rantau Asia. Begitu juga gandum dan roti bagi masyarakat barat serta Timur Tengah. Tidak perlu meniru diet mereka untuk mengamalkan makanan sihat atau mendapatkan berat badan yang ideal.

Tidak perlu meninggalkan nasi dalam menu sihat harian. Makanlah nasi seperti biasa di waktu makan tengahari atau malam. Nasi ayam, nasi lemak, nasi tomato, nasi putih, nasi kerabu, nasi beriani. Pilihlah apa saja. Cuma, kurangkan. Sekiranya sebelum ini nasi penuh satu pinggan, kurangkan jadi tiga perempat atau setengah pinggan. Lebihkan lauk dan sayur-sayuran dalam pinggan tersebut.Makanlah secara perlahan-lahan. InshaAllah kenyang .

Selalunya kita akan bertambah nasi disebabkan NAFSU bukannya LAPAR.  Jadi, berhentilah makan sebelum kenyang.

Makan secara berlebihan/terlalu kenyang juga boleh menyebabkan 'acid reflux', 'indigestion' dan sebagainya.Dari segi perubatan juga dinasihatkan 'small but frequent meal'. Sarapan pagi, makan tengahari dan malam jangan ditinggalkan. Sedikit jajan (snack) di waktu  lewat pagi , petang dan malam juga jangan dilupakan.Tetapi janganlah kuantiti jajan sama banyak dengan kuantiti sarapan atau makan tengahari. Makanlah secara sederhana.

 Ubahlah cara pemakanan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Mesin Jahit Pertama

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Gajet pertama yang saya beli setelah bergelar surirumah sepenuh masa adalah mesin jahit. Mesin jahit jenama Brothers NV980. Itulah mesin jahit pertama saya. Dan itulah kali pertama saya menggunakan mesin jahit. Berapa banyak jarum yang patah. Berapa banyak benang yang putus. Kenapa beli mesin jahit ? Bukan untuk membuat baju atau pakaian . Ya , saya beli sebab saya teringin belajar kraf 'patchwork & quilting'. Saya bersyukur kerana guru kraf saya, Cikgu Nina (yang juga rakan senegara), menyarankan mesin jahit ini. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Biar alah membeli ,jangan alah memakai. Alhamdulillah, walaupun setelah satu setengah tahun mesin ini melayan kerenah tuannya, ia masih berfungsi seperti baru. Apa yang telah saya hasilkan dengan mesin ini ? Sudah pasti kraf 'patchwork & quilting' seperti selimut, cadar, sarung kusyen, alas meja, alas mug, alas pinggan. Dan saya ...

Harapan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Seronok dan teruja membaca blog rakan-rakan di dalam kelas penulisan blog yang saya sertai. Mereka amat berbakat dalam penulisan  masing-masing.Setiap individu mempunyai gaya penulisan dan idea tersendiri.  Memang saya belum mencapai taraf kemahiran mereka. Masih bertatih. Masih mencari 'style'. Masih mengenali 'niche' yang  selesa. Saya berharap, satu hari nanti, saya juga dapat menulis blog dengan baik...lebih menarik, lebih informatif. InshaAllah.

Kedai Buku

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur, tempat wajib singgah saya adalah : 1) Kinokuniya. KLCC 2) Book Xcess, Amcorp Mall. 3) Dakwah Book Corner, Petaling Jaya. Melihat buku-buku yang tersusun rapi , adalah salah satu terapi minda saya. Alhamdulillah, suami juga berkongsi minat yang sama. Saya lebih suka membaca buku secara fizikal, berbanding dengan e-book. Lebih puas. Dan ketiga-tiga kedai buku di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Kinokuniya : salah satu kedai buku yang terbesar di Malaysia. Apa saja jenis buku boleh didapati di sini. Perlu 1-2 jam untuk 'browse' buku-buku yang ada. Memang melekakan. Book Xcess : menjual buku buku terbitan lama yang berkualiti. Harga sangat murah! Mereka adalah penganjur 'The Big Bad Wolf". Dakwah Book Corner: menjual buku-buku agama yang berkualiti, terbitan luar negara. Adalah menjadi salah satu cita cita saya,iaitu mempunyai kedai buku se...