"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate".
Semalam , berjaya memperbaharui passport antarabangsa yang telah kehabisan muka surat. Maklumlah, selalu keluar masuk Miri-Brunei. Tidak sampai 2 tahun, telah kehabisan muka surat.
Tahap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Imigresen Miri di UTC , saya berikan 5 bintang. Sangat efisien dan mesra pelanggan. Dalam masa 1 jam, telah siap passport baru . Dahulu, perlukan tiga hari untuk proses tersebut.
Bayaran pun lebih murah . Dahulu RM 300, sekarang cuma RM 200 ( RM 100 untuk warga emas dan pelajar di luar negara).
Dokumen yang perlu dibawa pula, cuma passport lama dan kad pengenalan (asal dan salinan) sahaja. Tidak perlu mengisi borang atau menyediakan gambar. Gambar diambil 'on the spot'. Mudah sungguh.
Tahniah Jabatan Imigresen ,UTC Miri. Semoga Allah memberkati perkhidmatan anda .
Alhamdulillah.
.

Comments
Post a Comment