Skip to main content

Mula bersenam

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate"

Akhirnya, saya kembali  bersenam. Dapat juga 'brisk walking' selama 33 minit untuk 3km petang semalam, setelah sekian lama tertunda.Log akhir 'brisk walking' saya ( app MyWalk) adalah pada 18 Januari 2017. Sudah 3 bulan tidak bersenam!!

Rindunya untuk bersenam semula. Saya tidak berminat untuk ber'zumba' atau ber'aerobic'. Saya lebih suka senaman yang boleh membuatkan saya tenang sambil menikmati keindahan alam seperti 'brisk walking' dan 'trekking'. Ia lebih santai tetapi banyak mengeluarkan peluh.

Tidak perlu yang ekstrem seperti berlari, marathon, berbasikal dan sebagainya. Berjalan kaki secara cepat (brisk walking) adalah salah satu senaman yang boleh dilakukan oleh semua golongan, tidak kira muda atau tua. Senaman ini juga tidak memerlukan gajet-gajet yang canggih atau mahal. Paling kuat, jam tangan yang mempunyai 'stopwatch' atau telefon bimbit untuk mendengar muzik.

Harap-harap, kali ini tidak terbantut lagi azam saya untuk 'brisk walk' sekerap yang boleh.

Jom kita 'brisk walk'.



Comments

Popular posts from this blog

Mesin Jahit Pertama

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Gajet pertama yang saya beli setelah bergelar surirumah sepenuh masa adalah mesin jahit. Mesin jahit jenama Brothers NV980. Itulah mesin jahit pertama saya. Dan itulah kali pertama saya menggunakan mesin jahit. Berapa banyak jarum yang patah. Berapa banyak benang yang putus. Kenapa beli mesin jahit ? Bukan untuk membuat baju atau pakaian . Ya , saya beli sebab saya teringin belajar kraf 'patchwork & quilting'. Saya bersyukur kerana guru kraf saya, Cikgu Nina (yang juga rakan senegara), menyarankan mesin jahit ini. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Biar alah membeli ,jangan alah memakai. Alhamdulillah, walaupun setelah satu setengah tahun mesin ini melayan kerenah tuannya, ia masih berfungsi seperti baru. Apa yang telah saya hasilkan dengan mesin ini ? Sudah pasti kraf 'patchwork & quilting' seperti selimut, cadar, sarung kusyen, alas meja, alas mug, alas pinggan. Dan saya ...

Harapan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Seronok dan teruja membaca blog rakan-rakan di dalam kelas penulisan blog yang saya sertai. Mereka amat berbakat dalam penulisan  masing-masing.Setiap individu mempunyai gaya penulisan dan idea tersendiri.  Memang saya belum mencapai taraf kemahiran mereka. Masih bertatih. Masih mencari 'style'. Masih mengenali 'niche' yang  selesa. Saya berharap, satu hari nanti, saya juga dapat menulis blog dengan baik...lebih menarik, lebih informatif. InshaAllah.

Kedai Buku

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur, tempat wajib singgah saya adalah : 1) Kinokuniya. KLCC 2) Book Xcess, Amcorp Mall. 3) Dakwah Book Corner, Petaling Jaya. Melihat buku-buku yang tersusun rapi , adalah salah satu terapi minda saya. Alhamdulillah, suami juga berkongsi minat yang sama. Saya lebih suka membaca buku secara fizikal, berbanding dengan e-book. Lebih puas. Dan ketiga-tiga kedai buku di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Kinokuniya : salah satu kedai buku yang terbesar di Malaysia. Apa saja jenis buku boleh didapati di sini. Perlu 1-2 jam untuk 'browse' buku-buku yang ada. Memang melekakan. Book Xcess : menjual buku buku terbitan lama yang berkualiti. Harga sangat murah! Mereka adalah penganjur 'The Big Bad Wolf". Dakwah Book Corner: menjual buku-buku agama yang berkualiti, terbitan luar negara. Adalah menjadi salah satu cita cita saya,iaitu mempunyai kedai buku se...