Skip to main content

Gaya Hidup Sihat 2

"In the name of Allah, the Most Merciful , Most Compassionate"

Hari kedua bersenam.

Pagi ni, malas nak keluar rumah untuk 'brisk walk'. Apps "MapMyWalk" di telefon pula bising mengingatkan tentang 'fitness goal' yang telah ditetapkan. Ah, kena juga mengaktifkan diri pagi-pagi ini.

Setelah encik suami bergerak ke tempat kerja, termenung sekejap memikirkan apa  'exercise ' hari ni.

Terlihat kasut aerobik "Reebok'' yang lama tak terpakai, dan VCD "Rosemary Conley's Ultimate Whole Body Workout" yang telah berhabuk .

 Image result for rosemary conley fitness videoVCD ini dibeli pada tahun 2007 (VCD ye, bukan DVD).Mungkin sekarang dah boleh dibeli secara online atau dimuat turun. Memang sesuai untuk semua peringkat umur. Tidak kira yang mempunyai masalah sakit lutut, mengandung dan sebagainya. Mudah difahami.

Terdapat 3 program dalam video tersebut :
1) senaman aerobik selama 35 minit (termasuk 'warm-up' dan 'post-work-out stretches').
2) senaman keregangan tubuh ("body conditioning/toning") selama 20 minit
3) senaman duduk di atas kerusi (chair workout) untuk yang mengalami masalah pergerakan dan ibu-ibu mengandung.

Tidak perlu melakukan ketiga-tiga senaman sekaligus. Pilih mengikut kesesuaian masing-masing.

Pagi ini saya memilih untuk melakukan senaman 1, iaitu aerobik. Seronok. Menjadi satu kepuasan apabila peluh menitik-nitik . Muzik atau lagu yang dimainkan  juga kena dengan halua telinga . Tidak bingit. Bukan genre rock atau hiphop tetapi lagu pop yang amat sesuai dengan generasi saya.

Seronoknya bersenam di rumah sebab aurat terpelihara. Buat ikut kemampuan sendiri. Yang penting, disiplin dan motivasi. Memang puas hati.

Jom bersenam.


Comments

Popular posts from this blog

Mesin Jahit Pertama

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Gajet pertama yang saya beli setelah bergelar surirumah sepenuh masa adalah mesin jahit. Mesin jahit jenama Brothers NV980. Itulah mesin jahit pertama saya. Dan itulah kali pertama saya menggunakan mesin jahit. Berapa banyak jarum yang patah. Berapa banyak benang yang putus. Kenapa beli mesin jahit ? Bukan untuk membuat baju atau pakaian . Ya , saya beli sebab saya teringin belajar kraf 'patchwork & quilting'. Saya bersyukur kerana guru kraf saya, Cikgu Nina (yang juga rakan senegara), menyarankan mesin jahit ini. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Biar alah membeli ,jangan alah memakai. Alhamdulillah, walaupun setelah satu setengah tahun mesin ini melayan kerenah tuannya, ia masih berfungsi seperti baru. Apa yang telah saya hasilkan dengan mesin ini ? Sudah pasti kraf 'patchwork & quilting' seperti selimut, cadar, sarung kusyen, alas meja, alas mug, alas pinggan. Dan saya ...

Harapan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Seronok dan teruja membaca blog rakan-rakan di dalam kelas penulisan blog yang saya sertai. Mereka amat berbakat dalam penulisan  masing-masing.Setiap individu mempunyai gaya penulisan dan idea tersendiri.  Memang saya belum mencapai taraf kemahiran mereka. Masih bertatih. Masih mencari 'style'. Masih mengenali 'niche' yang  selesa. Saya berharap, satu hari nanti, saya juga dapat menulis blog dengan baik...lebih menarik, lebih informatif. InshaAllah.

Kedai Buku

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur, tempat wajib singgah saya adalah : 1) Kinokuniya. KLCC 2) Book Xcess, Amcorp Mall. 3) Dakwah Book Corner, Petaling Jaya. Melihat buku-buku yang tersusun rapi , adalah salah satu terapi minda saya. Alhamdulillah, suami juga berkongsi minat yang sama. Saya lebih suka membaca buku secara fizikal, berbanding dengan e-book. Lebih puas. Dan ketiga-tiga kedai buku di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Kinokuniya : salah satu kedai buku yang terbesar di Malaysia. Apa saja jenis buku boleh didapati di sini. Perlu 1-2 jam untuk 'browse' buku-buku yang ada. Memang melekakan. Book Xcess : menjual buku buku terbitan lama yang berkualiti. Harga sangat murah! Mereka adalah penganjur 'The Big Bad Wolf". Dakwah Book Corner: menjual buku-buku agama yang berkualiti, terbitan luar negara. Adalah menjadi salah satu cita cita saya,iaitu mempunyai kedai buku se...