Skip to main content

Gaya Hidup Sihat 3: Brisk Walking

"In the name of Allah , the Most Merciful, Most Compassionate"

Pagi tadi , berjaya juga melawan nafsu untuk sambung tidur selepas solat Subuh. Tambahan pula, kedengaran bunyi guruh, walaupun sayup-sayup sebenarnya. Alasan! Tapi, semangat untuk mempraktiskan gaya hidup sihat membara-bara. Akhirnya, berjaya juga 'brisk walking' pagi tadi. 4.02 km dalam masa 41.19 minit . Puas hati. Tak hujan pun.

Terserempak lagi dengan pasangan suami isteri Cina yang saya ceritakan sebelum ini. Kali ini, yang wanita memakai tongkat dan si suami pula menggunakan payung sebagai tongkat. Namun, mereka tetap melakukan senaman berjalan kaki seperti biasa.

Kali ini juga , terserempak dengan pasangan suami isteri Cina lain , mungkin dalam lingkungan 60-an. Setelah berjalan 2 hingga 3 pusingan , mereka berdua mengutip sampah sarap (botol mineral, bekas plastik dan sebagainya) yang berselerak di kawasan taman  tersebut. Tidak mengharapkan pihak berkuasa saja untuk membersihkan kawasan tersebut.Sungguh mulia perbuatan mereka. Perbuatan yang patut kita contohi, terutamanya orang-orang muslim.

Sama-samalah kita menjaga kebersihan alam sekitar kita. Tidak perlu mengharapkan orang lain yang melakukannya. Jika niat baik dan ikhlas, inshaAllah, pahala lah balasannya.

Jadilah seorang muslim yang dihormati dan diteladani (peringatan untuk diri sendiri ).


“Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.”
                                                                                                                       Quran 13:11

Comments

Popular posts from this blog

Mesin Jahit Pertama

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Gajet pertama yang saya beli setelah bergelar surirumah sepenuh masa adalah mesin jahit. Mesin jahit jenama Brothers NV980. Itulah mesin jahit pertama saya. Dan itulah kali pertama saya menggunakan mesin jahit. Berapa banyak jarum yang patah. Berapa banyak benang yang putus. Kenapa beli mesin jahit ? Bukan untuk membuat baju atau pakaian . Ya , saya beli sebab saya teringin belajar kraf 'patchwork & quilting'. Saya bersyukur kerana guru kraf saya, Cikgu Nina (yang juga rakan senegara), menyarankan mesin jahit ini. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Biar alah membeli ,jangan alah memakai. Alhamdulillah, walaupun setelah satu setengah tahun mesin ini melayan kerenah tuannya, ia masih berfungsi seperti baru. Apa yang telah saya hasilkan dengan mesin ini ? Sudah pasti kraf 'patchwork & quilting' seperti selimut, cadar, sarung kusyen, alas meja, alas mug, alas pinggan. Dan saya ...

Harapan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Seronok dan teruja membaca blog rakan-rakan di dalam kelas penulisan blog yang saya sertai. Mereka amat berbakat dalam penulisan  masing-masing.Setiap individu mempunyai gaya penulisan dan idea tersendiri.  Memang saya belum mencapai taraf kemahiran mereka. Masih bertatih. Masih mencari 'style'. Masih mengenali 'niche' yang  selesa. Saya berharap, satu hari nanti, saya juga dapat menulis blog dengan baik...lebih menarik, lebih informatif. InshaAllah.

Kedai Buku

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur, tempat wajib singgah saya adalah : 1) Kinokuniya. KLCC 2) Book Xcess, Amcorp Mall. 3) Dakwah Book Corner, Petaling Jaya. Melihat buku-buku yang tersusun rapi , adalah salah satu terapi minda saya. Alhamdulillah, suami juga berkongsi minat yang sama. Saya lebih suka membaca buku secara fizikal, berbanding dengan e-book. Lebih puas. Dan ketiga-tiga kedai buku di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Kinokuniya : salah satu kedai buku yang terbesar di Malaysia. Apa saja jenis buku boleh didapati di sini. Perlu 1-2 jam untuk 'browse' buku-buku yang ada. Memang melekakan. Book Xcess : menjual buku buku terbitan lama yang berkualiti. Harga sangat murah! Mereka adalah penganjur 'The Big Bad Wolf". Dakwah Book Corner: menjual buku-buku agama yang berkualiti, terbitan luar negara. Adalah menjadi salah satu cita cita saya,iaitu mempunyai kedai buku se...