Skip to main content

Lady of Leisure

"In the name of Allah, The Most Merciful, The Most Compassionate"

"Lady of Leisure " atau " LOL"( bukan Laugh Out Loud!), adalah gelaran lazim yang diberikan kepada wanita bekerjaya yang berhijrah menjadi surirumah sepenuh masa, seperti saya...

Terjemahan dari Google adalah :

"lady (or man or gentleman) of leisure: a woman or man of independent means or whose time is free from obligations to others." 

Tetapi saya rasa, 'free of obligations to others" adalah tidak tepat sama sekali. Memang betul tidak ada lagi 'deadline' , tidak ada lagi 'saya yang menurut perintah'. Tetapi kita masih ada 'obligations to others', seperti menjaga kebajikan rumahtangga, tanggungjawab kepada suami, anak-anak dan yang paling penting, diri sendiri.

"Lady of leisure" adalah seorang yang 'multitasking'; melakukan banyak tugasan dalam masa serentak tetapi tidak secara tergesa-gesa. Kami  lakukan mengikut masa dan kemampuan masing-masing.

Percayalah, pekerjaan surirumah/"lady of leisure" ini, sangat mencabar. Nmaun saya amat bersyukur kerana Allah telah memberi peluang untuk saya merasa nikmatnya menjadi "lady of leisure".

"It's never too late to be what you might have been" - George Elliot-

Comments

Popular posts from this blog

Mesin Jahit Pertama

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Gajet pertama yang saya beli setelah bergelar surirumah sepenuh masa adalah mesin jahit. Mesin jahit jenama Brothers NV980. Itulah mesin jahit pertama saya. Dan itulah kali pertama saya menggunakan mesin jahit. Berapa banyak jarum yang patah. Berapa banyak benang yang putus. Kenapa beli mesin jahit ? Bukan untuk membuat baju atau pakaian . Ya , saya beli sebab saya teringin belajar kraf 'patchwork & quilting'. Saya bersyukur kerana guru kraf saya, Cikgu Nina (yang juga rakan senegara), menyarankan mesin jahit ini. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Biar alah membeli ,jangan alah memakai. Alhamdulillah, walaupun setelah satu setengah tahun mesin ini melayan kerenah tuannya, ia masih berfungsi seperti baru. Apa yang telah saya hasilkan dengan mesin ini ? Sudah pasti kraf 'patchwork & quilting' seperti selimut, cadar, sarung kusyen, alas meja, alas mug, alas pinggan. Dan saya ...

Harapan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Seronok dan teruja membaca blog rakan-rakan di dalam kelas penulisan blog yang saya sertai. Mereka amat berbakat dalam penulisan  masing-masing.Setiap individu mempunyai gaya penulisan dan idea tersendiri.  Memang saya belum mencapai taraf kemahiran mereka. Masih bertatih. Masih mencari 'style'. Masih mengenali 'niche' yang  selesa. Saya berharap, satu hari nanti, saya juga dapat menulis blog dengan baik...lebih menarik, lebih informatif. InshaAllah.

Kedai Buku

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur, tempat wajib singgah saya adalah : 1) Kinokuniya. KLCC 2) Book Xcess, Amcorp Mall. 3) Dakwah Book Corner, Petaling Jaya. Melihat buku-buku yang tersusun rapi , adalah salah satu terapi minda saya. Alhamdulillah, suami juga berkongsi minat yang sama. Saya lebih suka membaca buku secara fizikal, berbanding dengan e-book. Lebih puas. Dan ketiga-tiga kedai buku di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Kinokuniya : salah satu kedai buku yang terbesar di Malaysia. Apa saja jenis buku boleh didapati di sini. Perlu 1-2 jam untuk 'browse' buku-buku yang ada. Memang melekakan. Book Xcess : menjual buku buku terbitan lama yang berkualiti. Harga sangat murah! Mereka adalah penganjur 'The Big Bad Wolf". Dakwah Book Corner: menjual buku-buku agama yang berkualiti, terbitan luar negara. Adalah menjadi salah satu cita cita saya,iaitu mempunyai kedai buku se...