"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate"
Kerjaya sebagai seorang doktor banyak mempertemukan saya dengan pelbagai ragam manusia. Emosi seorang doktor juga akan berubah-ubah mengikut pesakit yang dirawati.Ada yang membuatkan kami sedih,gembira,marah dan sebagainya.
Alangkah baiknya sekiranya pesakit-pesakit (dan waris) mempunyai ciri-ciri yang dapat memberi ketenangan kepada kami, petugas perubatan dan kesihatan.
Di bawah adalah beberapa ciri pesakit idaman saya:
1) Sabar
Pesakit yang sabar dan tidak merungut, walaupun terpaksa menunggu lama. Mereka ini selalunya telah bersedia dengan bahan bacaan, bahan jahitan dan sebagainya untuk mengisi masa sementara menanti giliran.
Anak-anak kecil pula telah dibekalkan makanan ringan atau alat permainan.Mereka tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah seperti bergossip, merungut, marah-marah dan sebagainya.
2) Sopan
Pesakit yang selalu mengucapkan salam ketika masuk ke klinik atau bilik rawatan dan berterima kasih setelah selesai rawatan
3)Tidak sombong
Walaupun berpangkat tinggi, mereka masih mengikut giliran pesakit awam. Ada yang mempunyai pengetahuan perubatan (dari Dr Google , rakan rakan dan sebagainya), tetapi masih merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk. Apa yang diketahui dibincangkan dengan baik bersama doktor yang merawat.
Walaupun berbagai kerenah pesakit dalam setiap sessi klinik, pesakit-pesakit inilah yang dapat menyejukkan hati saya.
Jadilah pesakit yang berhemah untuk mendapat rawatan yang terbaik.

Comments
Post a Comment