Skip to main content

Solat yang khusyuk

" In the name of Allah, the most Merciful, Most Compassionate "

Ketika umur sudah di ambang 48 tahun ini, masih belum berjaya sepenuhnya menangkis bisikan syaitan ketika solat.

Acapkali memulakan solat memang berazam untuk memperolehi solat yang khusyuk. Terutamanya solat Zohor, Asar dan  Isyak.Selalunya bertahan sehingga rokaat kedua. Masuk rokaat ketiga, mulalah syaitan mencucuk jarumnya. Masa tulah teringat di mana letaknya barang yang dicari separuh mati tadi. Ketika itulah datangnya idea untuk projek kraf terbaru. Saat iulah teringat tugasan harian yang terlupa dibuat tadi. Macam macam!

Tetapi ketika dilanda masalah, dalam kesusahan atau kesedihan, boleh pula khusyuk kerika solat. Itulah manusia, bila terhantuk baru tengadah.

Usaha tetap usaha. Cuba juga sedaya upaya memahami apa yang dibaca ketika solat. Ya, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Apa-apapun, jangan putus asa. Allah saja yang tahu usaha dan niat kita.

 “If you want to focus more on Allah in your prayers, focus more on Him outside your prayers
                                                                                                      by   Yasmin Mogahed

Comments

Popular posts from this blog

Mesin Jahit Pertama

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Gajet pertama yang saya beli setelah bergelar surirumah sepenuh masa adalah mesin jahit. Mesin jahit jenama Brothers NV980. Itulah mesin jahit pertama saya. Dan itulah kali pertama saya menggunakan mesin jahit. Berapa banyak jarum yang patah. Berapa banyak benang yang putus. Kenapa beli mesin jahit ? Bukan untuk membuat baju atau pakaian . Ya , saya beli sebab saya teringin belajar kraf 'patchwork & quilting'. Saya bersyukur kerana guru kraf saya, Cikgu Nina (yang juga rakan senegara), menyarankan mesin jahit ini. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Biar alah membeli ,jangan alah memakai. Alhamdulillah, walaupun setelah satu setengah tahun mesin ini melayan kerenah tuannya, ia masih berfungsi seperti baru. Apa yang telah saya hasilkan dengan mesin ini ? Sudah pasti kraf 'patchwork & quilting' seperti selimut, cadar, sarung kusyen, alas meja, alas mug, alas pinggan. Dan saya ...

Harapan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Seronok dan teruja membaca blog rakan-rakan di dalam kelas penulisan blog yang saya sertai. Mereka amat berbakat dalam penulisan  masing-masing.Setiap individu mempunyai gaya penulisan dan idea tersendiri.  Memang saya belum mencapai taraf kemahiran mereka. Masih bertatih. Masih mencari 'style'. Masih mengenali 'niche' yang  selesa. Saya berharap, satu hari nanti, saya juga dapat menulis blog dengan baik...lebih menarik, lebih informatif. InshaAllah.

Kedai Buku

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur, tempat wajib singgah saya adalah : 1) Kinokuniya. KLCC 2) Book Xcess, Amcorp Mall. 3) Dakwah Book Corner, Petaling Jaya. Melihat buku-buku yang tersusun rapi , adalah salah satu terapi minda saya. Alhamdulillah, suami juga berkongsi minat yang sama. Saya lebih suka membaca buku secara fizikal, berbanding dengan e-book. Lebih puas. Dan ketiga-tiga kedai buku di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Kinokuniya : salah satu kedai buku yang terbesar di Malaysia. Apa saja jenis buku boleh didapati di sini. Perlu 1-2 jam untuk 'browse' buku-buku yang ada. Memang melekakan. Book Xcess : menjual buku buku terbitan lama yang berkualiti. Harga sangat murah! Mereka adalah penganjur 'The Big Bad Wolf". Dakwah Book Corner: menjual buku-buku agama yang berkualiti, terbitan luar negara. Adalah menjadi salah satu cita cita saya,iaitu mempunyai kedai buku se...