"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate".
Semua orang mengimpikan kerjaya yang ideal. Kadang-kadang terfikir, adakah kerjaya sekarang adalah kerjaya yang menepati citarasa.
Terbaca satu artikel mengenai kerjaya ideal. Soalan-soalan yang dikemukakan membuat saya berfikir semula tentang kerjaya sebelum ini.
Ciri-ciri kerjaya yang ideal adalah :
1) " Look forward to going to work"
Memang di awal kerjaya saya dulu, saya amat teruja untuk masuk bekerja setiap hari. Walaupun kerjaya sebagai seorang doktor amat meletihkan. Namun disebabkan minat yang mendalam , saya sanggup bekerja siang malam. Tetapi apabila telah meningkat umur dan berkeluarga, prioriti berubah.
2) "Feel energized (most of the time) by what you do "
2 hingga 3 tahun terakhir kerjaya, saya sudah terasa 'burnt out'.
3) " Feel your contribution is respected and appreciated"
Di awal kerjaya, memang saya banyak mengetuai projek-projek di klinik. Ya, mungkin perasaan tidak dihargai, tidak dihormati adalah salah satu faktor saya meletak jawatan.
4) "Feel proud when describing your work to others"
Ya, saya masih bangga dengan kerjaya sebagai seorang doktor. Ia banyak mengajar saya erti kehidupan.Ia banyak mempengaruhi dan membentuk peribadi saya kini.
5) " Enjoy and respect the people you work with"
Ya, saya amat menghormati rakan setugas dan kakitangan di klinik saya (kebanyakannya).
6) " Feel optimistic about your future"
Semasa masih dalam kerjaya sebelum ini, saya tahu, saya akan berada di takuk yang sama sehinggalah hari persaraan nanti. Saya perlukan perubahan.
Kesimpulannya, kerjaya saya sebelum ini pernah menjadi kerjaya ideal saya. Tetapi, apabila telah meningkat umur dan melalui banyak pengalaman, saya perlu perubahan. Saya perlu kerjaya yang fleksibel, tiada 'deadline', lebih masa untuk diri sendiri dan keluarga serta seiring dengan minat saya.
Dan saya masih mencari kerjaya ideal saya.

Comments
Post a Comment