"Dengan nama Allah yang MahaPengasih, Maha Penyayang.
Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta nasihat menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran"
- Surah Al-asr (30:103)
Sabar itu separuh dari iman. Memang susah untuk sabar terutamanya dalam zaman yang serba mencabar . Semuanya mahu dilakukan cepat, tidak boleh berkompromi dengan masa yang cepat beredar.
Sepanjang kerjaya sebagai seorang doktor , kesabaran kami sebagai 'health care worker' memang selalu teruji. Tidak kira samada di wad atau di klinik. Kerenah waris/penjaga , yang tidak sabardan seterusnya melemparkan kata-kata kesat kepada jururawat atau doktor.Semuanya mahukan perhatian segera.
Sudah lumrah, kalau ke klinik atau hospital kerajaan , tempoh masa menunggu giliran adalah lama ( terutamanya pada hari Isnin, atau selepas cuti umum). Lebih lama lagi kalau di klinik klinik pakar kerana para doktor perlu melihat /merawat pesakit di wad terlebih dahulu sebelum turun ke klinik.
Jadi, apa salahnya kita sebagai pesakit/penjaga bersedia terlebih dahulu. Gunakanlah masa menunggu itu dengan lebih efektif dan produktif, Inilah masa untuk membaca buku,novel atau Quran. Inilah masa untuk mendengar 'podcast' motivasi atau keagamaan ( melalui earphone). Inilah masa untuk menyambung kerja jahitan tangan , kraftangan. Inilah masa untuk beramal jariah e.g mengedarkan minuman/makanan kepada rakan-rakan pesakit lain.
Sesungguhnya, kesabaran itu akan membawa kepada ketenangan. Dan inshaAllah dibalas dengan pelbagai ganjaran.

Comments
Post a Comment