Skip to main content

Pengenalan Diri

" In the name of Allah, the Most Merciful , the Most Compassionate".

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Nama saya Norazua . Namun lebih dikenali sebagai Kak Yong di kalangan keluarga dan Azua di kalangan sahabat handai.

Saya memperolehi pendidikan tinggi di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang perubatan dan telah mempunyai pengalaman bekerja sebagai seorang doktor (General Practitioner/Primary Care Physician) selama lebih dari 20 tahun.Saya pernah bekerja di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo sebelum berhijrah menjadi surirumah sepenuh masa sejak 2 tahun yang lepas. Saya tiada langsung pengalaman dalam bidang perniagaan, walaupun ada ahli keluarga saya yang mempunyai perniagaan sendiri.

Minat ? Saya sangat suka membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang perubatan serta ilmu kehidupan. Sejak menjadi surirumah sepenuh masa ini, saya telah berjinak-jinak dengan kraftangan 'patchwork & quilting' dan sedang mempertingkatkan 'skill' saya dalam bidang tersebut. Saya juga amat suka  melancong, bukan untuk membeli-belah tetapi untuk menghayati keindahan alam ciptaan Allah.

Kemahiran/Kepakaran saya? Sudah tentu apa-apa isu  tentang perubatan dan kesihatan.

Jenis buku/bahan bacaan yang saya gemari adalah :
1) motivasi
2) Islamik
3) Kraftangan : Patchwork, Quilting, Sulaman Mesin
4) Kesihatan / Perubatan
5) Novel : Jeffrey Archer, Sandra Brown, Sidney Sheldon, Erich Seagal, Judith McNaught
6) Pelancongan / Alam Semulajadi

Saya belum pernah mempunyai apa-apa blog/URL sebelum ini kecuali Facebook.

Matlamat saya menyertai kelas asas blogging ini adalah untuk belajar tatacara asas penulisan blog yang lebih efektif dan professional . Saya berharap setelah berjaya membina kemahiran penulisan dan keyakinan diri, saya dapat :
1) berkongsi kisah-kisah kehidupan sepanjang kerjaya perubatan saya
2) menulis  pemerhatian / analisa tentang masalah semasa
3) berkongsi pengalaman mempelajari kemahiran baru e.g kraftangan

Semoga saya akan mendapat ilmu yang bermanfaat di dalam kelas ini.

" O Allah, please grant me ease in my task...".







Comments

Popular posts from this blog

Mesin Jahit Pertama

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Gajet pertama yang saya beli setelah bergelar surirumah sepenuh masa adalah mesin jahit. Mesin jahit jenama Brothers NV980. Itulah mesin jahit pertama saya. Dan itulah kali pertama saya menggunakan mesin jahit. Berapa banyak jarum yang patah. Berapa banyak benang yang putus. Kenapa beli mesin jahit ? Bukan untuk membuat baju atau pakaian . Ya , saya beli sebab saya teringin belajar kraf 'patchwork & quilting'. Saya bersyukur kerana guru kraf saya, Cikgu Nina (yang juga rakan senegara), menyarankan mesin jahit ini. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Biar alah membeli ,jangan alah memakai. Alhamdulillah, walaupun setelah satu setengah tahun mesin ini melayan kerenah tuannya, ia masih berfungsi seperti baru. Apa yang telah saya hasilkan dengan mesin ini ? Sudah pasti kraf 'patchwork & quilting' seperti selimut, cadar, sarung kusyen, alas meja, alas mug, alas pinggan. Dan saya ...

Harapan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Seronok dan teruja membaca blog rakan-rakan di dalam kelas penulisan blog yang saya sertai. Mereka amat berbakat dalam penulisan  masing-masing.Setiap individu mempunyai gaya penulisan dan idea tersendiri.  Memang saya belum mencapai taraf kemahiran mereka. Masih bertatih. Masih mencari 'style'. Masih mengenali 'niche' yang  selesa. Saya berharap, satu hari nanti, saya juga dapat menulis blog dengan baik...lebih menarik, lebih informatif. InshaAllah.

Kedai Buku

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur, tempat wajib singgah saya adalah : 1) Kinokuniya. KLCC 2) Book Xcess, Amcorp Mall. 3) Dakwah Book Corner, Petaling Jaya. Melihat buku-buku yang tersusun rapi , adalah salah satu terapi minda saya. Alhamdulillah, suami juga berkongsi minat yang sama. Saya lebih suka membaca buku secara fizikal, berbanding dengan e-book. Lebih puas. Dan ketiga-tiga kedai buku di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Kinokuniya : salah satu kedai buku yang terbesar di Malaysia. Apa saja jenis buku boleh didapati di sini. Perlu 1-2 jam untuk 'browse' buku-buku yang ada. Memang melekakan. Book Xcess : menjual buku buku terbitan lama yang berkualiti. Harga sangat murah! Mereka adalah penganjur 'The Big Bad Wolf". Dakwah Book Corner: menjual buku-buku agama yang berkualiti, terbitan luar negara. Adalah menjadi salah satu cita cita saya,iaitu mempunyai kedai buku se...