Skip to main content

Cita-cita

"In the name of Allah, The Most Merciful, The Most Compassionate".

Dahulu, saya amat bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Walaupun saya adalah salah seorang pelajar terbaik SPM , namun saya gagal diterima masuk untuk ke kelas persediaan ke luar negara. Mungkin kerana pada masa itu, penguasaan bahasa Inggeris yang lemah atau mungkin kerana saya cenderung ke arah jurusan perubatan.

Betapa terkilannya saya ketika diberitahu tidak dapat ke luar negara. Ramai rakan sekelas  yang diterima untuk belajar ke UK, Australia, USA dan sebagainya.

Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah, selepas bergelar doktor pakar barulah saya mendapat tawaran bekerja di luar negara. Dapat juga saya merasa sistem pembelajaran di luar negara. Dan kini anak-anak  yang merealisasikan cita-cita saya....kedua-duanya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Alhamdulillah.

" Allah is the Best Planner. Trust Him. Never doubt Him".

Comments

Popular posts from this blog

Mesin Jahit Pertama

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Gajet pertama yang saya beli setelah bergelar surirumah sepenuh masa adalah mesin jahit. Mesin jahit jenama Brothers NV980. Itulah mesin jahit pertama saya. Dan itulah kali pertama saya menggunakan mesin jahit. Berapa banyak jarum yang patah. Berapa banyak benang yang putus. Kenapa beli mesin jahit ? Bukan untuk membuat baju atau pakaian . Ya , saya beli sebab saya teringin belajar kraf 'patchwork & quilting'. Saya bersyukur kerana guru kraf saya, Cikgu Nina (yang juga rakan senegara), menyarankan mesin jahit ini. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Biar alah membeli ,jangan alah memakai. Alhamdulillah, walaupun setelah satu setengah tahun mesin ini melayan kerenah tuannya, ia masih berfungsi seperti baru. Apa yang telah saya hasilkan dengan mesin ini ? Sudah pasti kraf 'patchwork & quilting' seperti selimut, cadar, sarung kusyen, alas meja, alas mug, alas pinggan. Dan saya ...

Harapan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Seronok dan teruja membaca blog rakan-rakan di dalam kelas penulisan blog yang saya sertai. Mereka amat berbakat dalam penulisan  masing-masing.Setiap individu mempunyai gaya penulisan dan idea tersendiri.  Memang saya belum mencapai taraf kemahiran mereka. Masih bertatih. Masih mencari 'style'. Masih mengenali 'niche' yang  selesa. Saya berharap, satu hari nanti, saya juga dapat menulis blog dengan baik...lebih menarik, lebih informatif. InshaAllah.

Kedai Buku

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur, tempat wajib singgah saya adalah : 1) Kinokuniya. KLCC 2) Book Xcess, Amcorp Mall. 3) Dakwah Book Corner, Petaling Jaya. Melihat buku-buku yang tersusun rapi , adalah salah satu terapi minda saya. Alhamdulillah, suami juga berkongsi minat yang sama. Saya lebih suka membaca buku secara fizikal, berbanding dengan e-book. Lebih puas. Dan ketiga-tiga kedai buku di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Kinokuniya : salah satu kedai buku yang terbesar di Malaysia. Apa saja jenis buku boleh didapati di sini. Perlu 1-2 jam untuk 'browse' buku-buku yang ada. Memang melekakan. Book Xcess : menjual buku buku terbitan lama yang berkualiti. Harga sangat murah! Mereka adalah penganjur 'The Big Bad Wolf". Dakwah Book Corner: menjual buku-buku agama yang berkualiti, terbitan luar negara. Adalah menjadi salah satu cita cita saya,iaitu mempunyai kedai buku se...