Skip to main content

Sembang Ilmu 1

"In the name of Allah , the Most Merciful, Most Compassionate"

Setiap  hari Rabu , antara jam 9 hingga 11 pagi, kami mengadakan sessi Sembang Ilmu. Ianya dihadiri oleh kaum ibu dari Malaysia yang bermastautin di kawasan kami. Selalunya terdapat  5 hingga 10 orang setiap sessi. Dan kami bergilir-gilir mengadakannya di rumah masing-masing.

Kelmarin, aktiviti yang kami lakukan adalah :

1) Demo memasak 

Terdapat 2 menu yang dipelajari kali ini iaitu "Nutella-filled Bun" dan Udang Goreng Telur Masin. Saya baru mengenali perbezaan 'baking powder' dan  'Soda bikarbonat". Baru tahu mengenai 'water roux" dan fungsinya. Baru tahu untuk membuat roti yang lembut, perlukan 'bread softener'. Dan baru mengenali mesin 'breadmaker'. Juga baru belajar cara menggoreng udang supaya rangup, kruk-kruk.
Banyak sungguh tips dari rakan-rakan.Ya lah. Saya baru nak berjinak dalam hal masak-memasak ini.

2) Sirah Nabi

Setiap sessi, Linda akan menceritakan sirah nabi. Kali ini adalah mengenai awal penghijrahan Rasulullah dari Madinah ke Mekah. Terpegun dengan sifat Rasulullah yang rendah diri . Tentera Baginda tidak angkuh dan penawanan Mekah adalah secara baik. Tiada 'dictatorship'.
Alangkah baiknya, sekiranya pemimpin zaman sekarang mencontohi sifat-sifat Rasulullah.

3) Sessi Soal jawab

Kali ini, soalan-soalan banyak berkisar tentang mengganti puasa, membayar fidyah. Maklumlah, bulan Ramadhan dah dekat. Ramai yang belum habis menggantikan puasa. Biasalah tu, kita selalu menunggu saat-saat akhir. termasuklah saya sendiri. Setiap tahun memang berazam untuk menggantikan puasa pada bulan Syawal, Zulkaedah,Zulhijjah dan Muharram. Ah, godaan syaitan!

4) Sessi makan

Apa lagi, inilah masa untuk merasa 'pot luck' masing-masing. Rajin sungguh rakan-rakan saya ini. Mi rebus, mi kari, kek coklat, puteri ayu, puding trifle, karipap, samosa dan pelbagai lagi. Dan sudah pasti, kedua menu demo tadi.

Seronok berkumpul beramai-ramai . Semoga ukhuwah kami berkekalan dan ilmu yang diperolehi sentiasa dirahmati Allah.

Sehingga sessi berikutnya minggu hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Mesin Jahit Pertama

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Gajet pertama yang saya beli setelah bergelar surirumah sepenuh masa adalah mesin jahit. Mesin jahit jenama Brothers NV980. Itulah mesin jahit pertama saya. Dan itulah kali pertama saya menggunakan mesin jahit. Berapa banyak jarum yang patah. Berapa banyak benang yang putus. Kenapa beli mesin jahit ? Bukan untuk membuat baju atau pakaian . Ya , saya beli sebab saya teringin belajar kraf 'patchwork & quilting'. Saya bersyukur kerana guru kraf saya, Cikgu Nina (yang juga rakan senegara), menyarankan mesin jahit ini. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Biar alah membeli ,jangan alah memakai. Alhamdulillah, walaupun setelah satu setengah tahun mesin ini melayan kerenah tuannya, ia masih berfungsi seperti baru. Apa yang telah saya hasilkan dengan mesin ini ? Sudah pasti kraf 'patchwork & quilting' seperti selimut, cadar, sarung kusyen, alas meja, alas mug, alas pinggan. Dan saya ...

Harapan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Seronok dan teruja membaca blog rakan-rakan di dalam kelas penulisan blog yang saya sertai. Mereka amat berbakat dalam penulisan  masing-masing.Setiap individu mempunyai gaya penulisan dan idea tersendiri.  Memang saya belum mencapai taraf kemahiran mereka. Masih bertatih. Masih mencari 'style'. Masih mengenali 'niche' yang  selesa. Saya berharap, satu hari nanti, saya juga dapat menulis blog dengan baik...lebih menarik, lebih informatif. InshaAllah.

Kedai Buku

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur, tempat wajib singgah saya adalah : 1) Kinokuniya. KLCC 2) Book Xcess, Amcorp Mall. 3) Dakwah Book Corner, Petaling Jaya. Melihat buku-buku yang tersusun rapi , adalah salah satu terapi minda saya. Alhamdulillah, suami juga berkongsi minat yang sama. Saya lebih suka membaca buku secara fizikal, berbanding dengan e-book. Lebih puas. Dan ketiga-tiga kedai buku di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Kinokuniya : salah satu kedai buku yang terbesar di Malaysia. Apa saja jenis buku boleh didapati di sini. Perlu 1-2 jam untuk 'browse' buku-buku yang ada. Memang melekakan. Book Xcess : menjual buku buku terbitan lama yang berkualiti. Harga sangat murah! Mereka adalah penganjur 'The Big Bad Wolf". Dakwah Book Corner: menjual buku-buku agama yang berkualiti, terbitan luar negara. Adalah menjadi salah satu cita cita saya,iaitu mempunyai kedai buku se...