"In the name of Allah , the Most Merciful, Most Compassionate"
Terserempak dengan salah seorang bekas pesakit saya ketika membeli-belah kasut trekking untuk anak ,baru-baru ini. Wanita Pakistan. Juga bekas seorang doktor perubatan tetapi telah menjadi surirumah sejak berkahwin. Anak sulungnya telah berumur 16 tahun. Mengikut suaminya yang bertugas di sebuah syarikat carigali di sini, sejak 10 tahun yang lepas.
Terkejut melihat perubahan fizikal beliau yang nampak lebih langsing dan berkeyakinan. Lebih ceria.
Tidak mengamalkan sebarang 'crash diet'.Makanan seperti biasa cuma kuantiti di kurangkan.Kerap melakukan senaman seperti senaman aerobik, "elliptical training", "weight training". Semua aktiviti senaman ini dilakukan di rumah. Katanya, lebih selesa. Aurat tetap terpelihara.
Teringat pada seorang lagi pesakit saya . Wanita Oman ini kerap melakukan aktiviti 'brisk walking' pagi dan petang di kawasan perumahan kami. Tetap mengenakan jubah abaya yang longgar ketika bersenam. Auratnya tetap terpelihara.
Ya, tiada alasan untuk kita tidak melakukan senaman sekiranya kita berhijab atau berjubah. Tiada alasan untuk kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat semata-mata kerana tidak sempat ke "Gym".
Yang penting, motivasi diri.

Comments
Post a Comment