Skip to main content

Hijrah

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate"


Beberapa soalan lazim yang saya terima bila diberitahu yang saya telah berhenti kerja untuk menjadi surirumah sepenuh masa....

1) "why "
2) " ruginya! Gaji berbelas ribu, hang beghenti kerja??"
3) " ruginya!!! Belajaq tinggi tinggi, jadi surirumah?"
4) " I bet you can't survive as a housewife. You will be craving to work again after 2 weeks!"

Hmm.. majoriti soalan yang saya dapat adalah soalan negatif. Jarang yang memberi reaksi positif atau 'supportive'.

Ketahuilah...ini bukan 'a one-day decision"!. Memang banyak perkara perlu diambil kira, sebelum saya membuat keputusan ini. Solat istikharah, audit semula tahap kewangan keluarga, perbincangan 'meja bulat' dengan suami dan berbagai bagai lagi.

Dan sudah tentu, untuk membuat keputusan  ini, kita mempunyai sebab sebab sendiri. Tak perlu orang luar tahu. Tak perlu kita terangkan secara terperinci. Saya cuma perlu berkata : " Alhamdulillah. Allah dah cukupkan rezeki kami sekeluarga. Saya  kosongkan tempat untuk doktor-doktor muda pula".

Hakikatnya, saya tidak pernah merasa rugi, walau sesaat pun. Saya merasa lebih tenang dah puas hati dengan kerjaya sekarang. Saya mempunyai lebih masa menumpukan perhatian kepada keluarga, minat saya dan sudah tentu lebih masa untuk diri sendiri. Alhamdulillah.

Hormatilah keputusan rakan rakan yang berhenti kerja. Jangan pandang serong....masing-masing ada sebab-musababnya , percayalah.

Rezeki Allah di mana-mana dan datang dalam berbagai cara.

"Indeed, Allah is the Best Planner . Trust Him"

Comments

Popular posts from this blog

Mesin Jahit Pertama

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Gajet pertama yang saya beli setelah bergelar surirumah sepenuh masa adalah mesin jahit. Mesin jahit jenama Brothers NV980. Itulah mesin jahit pertama saya. Dan itulah kali pertama saya menggunakan mesin jahit. Berapa banyak jarum yang patah. Berapa banyak benang yang putus. Kenapa beli mesin jahit ? Bukan untuk membuat baju atau pakaian . Ya , saya beli sebab saya teringin belajar kraf 'patchwork & quilting'. Saya bersyukur kerana guru kraf saya, Cikgu Nina (yang juga rakan senegara), menyarankan mesin jahit ini. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Biar alah membeli ,jangan alah memakai. Alhamdulillah, walaupun setelah satu setengah tahun mesin ini melayan kerenah tuannya, ia masih berfungsi seperti baru. Apa yang telah saya hasilkan dengan mesin ini ? Sudah pasti kraf 'patchwork & quilting' seperti selimut, cadar, sarung kusyen, alas meja, alas mug, alas pinggan. Dan saya ...

Harapan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Seronok dan teruja membaca blog rakan-rakan di dalam kelas penulisan blog yang saya sertai. Mereka amat berbakat dalam penulisan  masing-masing.Setiap individu mempunyai gaya penulisan dan idea tersendiri.  Memang saya belum mencapai taraf kemahiran mereka. Masih bertatih. Masih mencari 'style'. Masih mengenali 'niche' yang  selesa. Saya berharap, satu hari nanti, saya juga dapat menulis blog dengan baik...lebih menarik, lebih informatif. InshaAllah.

Kedai Buku

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur, tempat wajib singgah saya adalah : 1) Kinokuniya. KLCC 2) Book Xcess, Amcorp Mall. 3) Dakwah Book Corner, Petaling Jaya. Melihat buku-buku yang tersusun rapi , adalah salah satu terapi minda saya. Alhamdulillah, suami juga berkongsi minat yang sama. Saya lebih suka membaca buku secara fizikal, berbanding dengan e-book. Lebih puas. Dan ketiga-tiga kedai buku di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Kinokuniya : salah satu kedai buku yang terbesar di Malaysia. Apa saja jenis buku boleh didapati di sini. Perlu 1-2 jam untuk 'browse' buku-buku yang ada. Memang melekakan. Book Xcess : menjual buku buku terbitan lama yang berkualiti. Harga sangat murah! Mereka adalah penganjur 'The Big Bad Wolf". Dakwah Book Corner: menjual buku-buku agama yang berkualiti, terbitan luar negara. Adalah menjadi salah satu cita cita saya,iaitu mempunyai kedai buku se...