Skip to main content

Pesakit tauladan

"In the name of Allah, the Most Merciful,Most Compassionate".

Saya pernah bertugas di Hospital Bintulu antara tahun 1996 hingga 1997. Walaupun singkat, banyak pengalaman yang saya perolehi di sana.

Pelbagai kaum etnik Sarawak yang kami rawati. Mereka ini tinggal jauh di pedalaman. Kadang-kadang perjalanan ke bandar besar seperti Bintulu mengambil masa beberapa hari. Berjalan kaki, menumpang lori, menaiki sampan.Tidak seperti kita di semenanjung,  pengangkutan awam ada di mana-mana.

Kebanyakan pesakit kami yang datang dari jauh untuk mendapatkan rawatan kesihatan,juga mengambil peluang tersebut untuk berniaga hasil pertanian atau ternakan . Untuk memperolehi sedikit wang, bakal tambang pulang dan makan minum semasa di bandar.

Teringat ketika saya melakukan rondaan wad (Ward Round) di wad kanak-kanak. Seorang pesakit kanak-kanak dari kaum Penan sedang dirawat di wad tersebut. Beliau ditemani oleh datuk dan neneknya. Si datuk, menjalankan kerja sambilan di pekan Bintulu sementara cucunya mendapatkan rawatan. Mengangkat barang,menyapu sampah. Apa sahaja kerja yang dapat beliau lakukan untuk menjana sedikit wang.Mereka datang sehelai sepinggang.Walaupun miskin, tidak pernah terdengar sebarang keluhan. Tidak pernah meminta-minta.

Sememangnya,merekalah antara pesakit yang membuatkan saya rasa puas dengan kerjaya saya. Merekalah antara yang banyak memberikan pengajaran dan keinsafan di dalam diri saya.

Bersyukurlah.


Comments

Popular posts from this blog

Mesin Jahit Pertama

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Gajet pertama yang saya beli setelah bergelar surirumah sepenuh masa adalah mesin jahit. Mesin jahit jenama Brothers NV980. Itulah mesin jahit pertama saya. Dan itulah kali pertama saya menggunakan mesin jahit. Berapa banyak jarum yang patah. Berapa banyak benang yang putus. Kenapa beli mesin jahit ? Bukan untuk membuat baju atau pakaian . Ya , saya beli sebab saya teringin belajar kraf 'patchwork & quilting'. Saya bersyukur kerana guru kraf saya, Cikgu Nina (yang juga rakan senegara), menyarankan mesin jahit ini. Memang agak mahal tetapi berbaloi. Biar alah membeli ,jangan alah memakai. Alhamdulillah, walaupun setelah satu setengah tahun mesin ini melayan kerenah tuannya, ia masih berfungsi seperti baru. Apa yang telah saya hasilkan dengan mesin ini ? Sudah pasti kraf 'patchwork & quilting' seperti selimut, cadar, sarung kusyen, alas meja, alas mug, alas pinggan. Dan saya ...

Harapan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Seronok dan teruja membaca blog rakan-rakan di dalam kelas penulisan blog yang saya sertai. Mereka amat berbakat dalam penulisan  masing-masing.Setiap individu mempunyai gaya penulisan dan idea tersendiri.  Memang saya belum mencapai taraf kemahiran mereka. Masih bertatih. Masih mencari 'style'. Masih mengenali 'niche' yang  selesa. Saya berharap, satu hari nanti, saya juga dapat menulis blog dengan baik...lebih menarik, lebih informatif. InshaAllah.

Kedai Buku

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Setiap kali pulang ke Kuala Lumpur, tempat wajib singgah saya adalah : 1) Kinokuniya. KLCC 2) Book Xcess, Amcorp Mall. 3) Dakwah Book Corner, Petaling Jaya. Melihat buku-buku yang tersusun rapi , adalah salah satu terapi minda saya. Alhamdulillah, suami juga berkongsi minat yang sama. Saya lebih suka membaca buku secara fizikal, berbanding dengan e-book. Lebih puas. Dan ketiga-tiga kedai buku di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Kinokuniya : salah satu kedai buku yang terbesar di Malaysia. Apa saja jenis buku boleh didapati di sini. Perlu 1-2 jam untuk 'browse' buku-buku yang ada. Memang melekakan. Book Xcess : menjual buku buku terbitan lama yang berkualiti. Harga sangat murah! Mereka adalah penganjur 'The Big Bad Wolf". Dakwah Book Corner: menjual buku-buku agama yang berkualiti, terbitan luar negara. Adalah menjadi salah satu cita cita saya,iaitu mempunyai kedai buku se...