"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate"
Alhamdulillah. Seronok sangat sessi menjahit bag hari ini. Sudah lama teringin untuk menjahit 'foldable shopping bag' .Tidak disangka pula hari ini Cikgu Ros hendak mengajar membuat beg tersebut.
Cikgu Ros menghadiahkan kelas tersebut sempena ulangtahun beliau yang ke-40. Kelas diadakan secara percuma. Semua peralatan jahitan seperti fabrik, butang snap dan 'lobster clasp' juga diberi percuma. Kelas diadakan secara santai . Penuh gelak ketawa, usik mengusik. Dalam masa 3 jam, siap satu beg seorang. Alhamdulillah. Tercapai hajat saya untuk membuat 'foldable shopping tote'.
Satu cara yang unik dan kreatif untuk menyambut hari ulangtahun. Tidak perlu 'birthday party' sebagainya. Tiada pembaziran. Lebih banyak pahala yang diperolehi.
Alhamdulillah.

Comments
Post a Comment