"In the name of Allah,the Most Merciful , Most Compassionate"
Hari ini dalam sejarah. Hari ini, pertama kali mengajar rakan-rakan mengenai asas "Free Motion Quilting (FMQ)". Selama ini , cuma menjadi pelajar, tetapi hari ini menjadi cikgu.
Sebenarnya, bukanlah mahir sangat dalam bidang 'quilting' ini. Baru berjinak-jinak satu setengah tahun yang lepas. Tetapi oleh kerana saya sahaja yang sempat belajar teknik 'free motion quilting' bersama Cikgu Nina sebelum beliau berpindah ke Kuala Lumpur, rakan-rakan memujuk untuk saya mengajar mereka pula.
Hanya Allah yang tahu betapa berdebar-debar hati ini untuk menjalankan sessi tersebut pagi tadi. Takut tak dapat menyampaikan apa yang patut. Kalau bab-bab perubatan atau kesihatan, tidaklah seteruk ini sebab itu memang bidang kemahiran.
Tapi saya sahut cabaran ini. Disamping mengajar, dapat juga belajar tips-tips dari rakan rakan., yang sememangnya lebih berpengalaman dalam bidang jahitan. Banyak membaca buku, blog tentang FMQ untuk menambahkan keyakinan diri.
Sessi tadi dihadiri oleh 5 orang rakan. Sessi tersebut dikendalikan seperti berikut :
1) persediaan mesin jahitan untuk FMQ
3) percuban menjahit di atas 'scrap quilt sandwich'
Penuh gelak ketawa. Berapa kali benang bawah tersimpul. Berapa kali corak bulatan menjadi bujur. Berapa kali corak separa bulat menjadi bucu segitiga.
Alhamdulillah. Berjalan lancar juga sessi 2 jam tersebut. Harap-harap, ilmu yang dikongsikan diberkati Allah.
Insha Allah minggu hadapan sessi kedua pula.

- menurunkan 'feed dog'
- memasang tapak sulam/quilting
3) percuban menjahit di atas 'scrap quilt sandwich'
Penuh gelak ketawa. Berapa kali benang bawah tersimpul. Berapa kali corak bulatan menjadi bujur. Berapa kali corak separa bulat menjadi bucu segitiga.
Alhamdulillah. Berjalan lancar juga sessi 2 jam tersebut. Harap-harap, ilmu yang dikongsikan diberkati Allah.
Insha Allah minggu hadapan sessi kedua pula.
Comments
Post a Comment