Skip to main content

Posts

Buku pilihan

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Sudah lebih satu minggu  tidak menulis di blog. Bukannya kepupusan idea, tetapi masa memang tidak mengizinkan. Terlampau banyak tugasan domestik dan aktiviti ilmu yang perlu dilakukan.Betul. Sekiranya sibuk, memang terasa 24 jam itu tidak mencukupi. Pada ketika inilah pentingnya 'time management' untuk memanfaatkan setiap saat , agar produktif dan efektif. Buku yang sedang saya baca sekarang ini, banyak membincangkan tentang produktiviti dan spiritualiti seorang muslim. Amat menarik . Banyak tips yang diberikan untuk menjadi seorang muslim yang produktif di era globalisasi masa kini. Sekiranya ajaran Islam yang dipraktikkan dan dicerapkan dalam semua aktiviti harian, kita sudah tentu berjaya menjadi seorang yang sangat produktif.  Bacalah.
Recent posts

Parti Ulangtahun

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Alhamdulillah. Seronok sangat sessi menjahit bag hari ini. Sudah lama teringin untuk menjahit 'foldable shopping bag' .Tidak disangka pula hari ini Cikgu Ros hendak mengajar membuat beg tersebut. Cikgu Ros menghadiahkan kelas tersebut sempena ulangtahun beliau yang ke-40. Kelas diadakan secara percuma. Semua peralatan jahitan seperti fabrik, butang snap dan 'lobster clasp' juga diberi percuma. Kelas diadakan secara santai . Penuh gelak ketawa, usik mengusik. Dalam masa 3 jam, siap satu beg seorang. Alhamdulillah. Tercapai hajat saya untuk membuat 'foldable shopping tote'. Satu cara yang unik dan kreatif untuk menyambut hari ulangtahun. Tidak perlu 'birthday party' sebagainya. Tiada pembaziran. Lebih banyak pahala yang diperolehi. Alhamdulillah.

Gaya Hidup Sihat : Walkactive

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Senaman jalan kaki atau brisk walking adalah salah satu senaman yang mudah, murah dan boleh dilakukan di mana-mana. Tidak perlu gajet yang canggih atau mahal. Tidak perlu  pakaian sukan yang mahal. Tidak perlu trek khas. Boleh berjalan di mana-mana. Cuma untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif, kita perlu tahu cara-cara brisk walking yang betul. Brisk walking bukanlah setakat berjalan seperti 'window shopping' atau berjalan untuk bersantai atau bersiar-siar. Perlu teknik yang betul untuk memperolehi impak kesihatan yang maksimum. Sila lihat video klip di bawah: https://www.youtube.com/watch?v=UtotD4sPIL8 Dan juga, website di bawah: http://walkactive.com/ Teknik Walkactive in diperkenalkan oleh Joanna Hall, seorang professional di dalam bidang 'fitness' . Beliau mempunyai ijazah MSc(Sports Science) dan banyak mengendalikan kem kem 'fitness' di United Kingdom. Teknik yang ...

Gaya Hidup Sihat : Diet sederhana

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate" Makanan adalah salah satu nikmat kurniaan Allah . Nikmatilah makanan selagi boleh. Apabila kita sakit, banyak makanan yang tidak dapat dinikmati. Banyak pantang larangnya. Tetapi, janganlah berlebih-lebihan apabila makan.Kita perlu makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan. Untuk sihat atau memperolehi berat badan ideal, tidak perlu 'crash diet' seperti Atkins, Mediterranean diet dan sebagainya. Cuma perlu mengamalkan  sunnah Rasullullah s.a.w iaitu berhenti makan sebelum kenyang dan makan secara sederhana. Jangan makan secara berlebihan atau terlampau sedikit. Tidak perlu diet yang melampau, yang pada jangka panjang lebih banyak mudaratnya . Nasi adalah sumber karbohidrat penting dan makanan ruji rantau Asia. Begitu juga gandum dan roti bagi masyarakat barat serta Timur Tengah. Tidak perlu meniru diet mereka untuk mengamalkan makanan sihat atau mendapatkan berat badan yang ideal. Tidak perlu...

Memperbaharui passport

"In the name of Allah, the Most Merciful, Most Compassionate". Semalam , berjaya memperbaharui passport antarabangsa yang telah kehabisan muka surat. Maklumlah, selalu keluar masuk Miri-Brunei. Tidak sampai 2 tahun, telah kehabisan muka surat. Tahap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Imigresen Miri di UTC , saya berikan  5 bintang. Sangat efisien dan mesra pelanggan. Dalam masa 1 jam, telah siap passport baru . Dahulu, perlukan tiga hari untuk proses tersebut. Bayaran pun lebih murah . Dahulu RM 300, sekarang cuma RM 200 ( RM 100 untuk warga emas dan pelajar di luar negara). Dokumen yang perlu dibawa pula, cuma passport lama dan  kad pengenalan (asal dan salinan) sahaja. Tidak perlu mengisi borang atau menyediakan gambar. Gambar diambil 'on the spot'. Mudah sungguh. Tahniah Jabatan Imigresen ,UTC Miri. Semoga Allah memberkati perkhidmatan anda . Alhamdulillah. .

Sembang 'Quilting' : Asas "Free Motion Quilting (FMQ)"

"In the name of Allah,the Most Merciful , Most Compassionate" Hari ini dalam sejarah. Hari ini, pertama kali mengajar rakan-rakan mengenai asas "Free Motion Quilting (FMQ)". Selama ini , cuma menjadi pelajar, tetapi hari ini menjadi cikgu. Sebenarnya, bukanlah mahir sangat dalam bidang 'quilting' ini. Baru berjinak-jinak satu setengah tahun yang lepas. Tetapi oleh kerana saya sahaja yang sempat belajar teknik 'free motion quilting' bersama Cikgu Nina sebelum beliau berpindah ke Kuala Lumpur, rakan-rakan memujuk untuk saya mengajar mereka pula. Hanya Allah yang tahu betapa berdebar-debar hati ini untuk menjalankan sessi tersebut pagi tadi. Takut tak dapat  menyampaikan apa yang patut. Kalau bab-bab perubatan atau kesihatan, tidaklah seteruk ini sebab itu memang bidang kemahiran. Tapi saya sahut cabaran ini. Disamping mengajar, dapat juga belajar tips-tips  dari rakan rakan., yang sememangnya lebih berpengalaman dalam bidang jahitan. Banyak me...

Pesakit Tauladan 2 : motivasi

"In the name of Allah , the Most Merciful, Most Compassionate" Terserempak dengan salah seorang bekas pesakit saya ketika membeli-belah kasut trekking untuk anak ,baru-baru ini. Wanita Pakistan. Juga bekas seorang doktor perubatan tetapi telah menjadi surirumah sejak berkahwin. Anak sulungnya telah berumur 16 tahun. Mengikut suaminya yang bertugas di sebuah syarikat carigali di sini, sejak 10 tahun yang lepas. Terkejut melihat perubahan fizikal beliau yang nampak lebih langsing dan berkeyakinan. Lebih ceria. Tidak mengamalkan sebarang 'crash diet'.Makanan seperti biasa cuma kuantiti di kurangkan.Kerap melakukan senaman seperti senaman aerobik, "elliptical training", "weight training". Semua aktiviti senaman ini dilakukan di rumah. Katanya, lebih selesa. Aurat tetap terpelihara. Teringat pada seorang lagi pesakit saya . Wanita Oman ini kerap melakukan aktiviti 'brisk walking' pagi dan petang di kawasan perumahan kami. Tetap mengenaka...